Terjemah GNOME

Daripada Wiki Debian Malaysia.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Isi kandungan

Persediaan

  1. Sediakan sebuah akaun Bugzilla GNOME dan Damned Lies
    1. Daftarkan sebuah akaun di Bugzilla GNOME pada laman http://bugzilla.gnome.org/
    2. Kemudian daftarkan sebuah akaun di Damned Lies pada laman http://l10n.gnome.org/register/
    3. Langgan milis GNOME i18n pada laman http://mail.gnome.org/mailman/listinfo/gnome-i18n/
  2. Setelah log masuk di laman http://l10n.gnome.org/login/, daftar pula sebagai penterjemah di laman http://l10n.gnome.org/users/team_join/
    • Pada menu drop-down Join a new Team, pilih Malay dan klik Join

Menterjemah

  1. Pergi ke http://l10n.gnome.org/teams/ms
  2. Pilih versi GNOME terbaru/development (cth: 2.30)
  3. Klik pada pautan sebaris dengan versi tersebut pada kolum User Interface. Cth. versi 2.30 pada http://l10n.gnome.org/languages/ms/gnome-2-30/ui/
  4. Pilih aplikasi yang ingin diterjemah. Contohnya anda memilih alacarte http://l10n.gnome.org/vertimus/alacarte/master/po/ms
    1. Klik pada pautan alacarte
    2. Pada laman alacarte, muaturun fail .pot (POT) dan fail .po (Translated). Kedua-duanya mesti disimpan pada direktori yang sama
  5. Fail yang perlu diterjemah hanya fail .po

Petua Menterjemah

  • Anda boleh menggunakan poedit atau kbabel untuk menterjemah fail tersebut. Contoh memasang poedit pada sistem pengoperasian berasaskan Debian GNU/Linux, anda boleh memasang poedit dengan arahan berikut sebagai root
aptitude install poedit
  • Jangan lupa juga untuk menambahkan nama dan alamat emel anda pada bahagian atas fail .po yang diterjemah, dimulakan dengan #. Contohnya
# Umarzuki Bin Mochlis Moktar <emelku@lamanku.com>, 2010
  • Jangan lupa menyertai milis penterjemah GNOME ms untuk informasi dan maklumat penting terkini terus ke peti surat emel anda
  • Penterjemah baru dinasihatkan untuk cuba menterjemah aplikasi dengan jumlah rentetan (strings) yang sedikit terlebih dahulu

Semak Sintaks Fail .po

Sebelum menyerahkan hasil terjemahan, seseorang penterjemah mestilah menyemaknya terlebih dahulu dari segi sintaks. Caranya: Guna msgfmt dari pakej gettext

  • Pada sistem Debian GNU/Linux, untuk memasang gettext
aptitude install gettext
  • Untuk menyemak fail .po
msgfmt -c fail.po

Jika tiada mesej ralat, maka tiada kesalahan sintaks.

Menghantar Hasil Terjemahan Untuk Diproses

  1. Pergi ke http://l10n.gnome.org/teams/ms (setelah log masuk Damned Lies)
  2. Klik pada Report Bug in Translation
  3. Pada Component, pilih Malay [ms]
  4. Pada Version, pilih GNOME HEAD untuk GNOME development (buat masa ini: 2.30)
  5. Berikan maklumat ringkas pada ruang Summary di dalam Bahasa Inggeris, contohnya:
Translation for alacarte
  1. Pada ruang Description, berikan keterangan lanjut mengenai terjemahan anda di dalam Bahasa Inggeris. Contoh:
This is for GNOME version 2.30
  1. Klik Add an attachment untuk melampirkan fail yang telah diterjemah (.po) tadi
  2. Klik Commit untuk menyelesaikan proses menghantar hasil terjemahan.
Alatan peribadi